Bagaimana hendak mendapat motivasi jadi trader dan investor saham?

Bagaimana hendak mendapat motivasi? bagaimana hendak dapat momentum? Bagaimana tidak mahu hilang semangat?

ada 3 tips...

1. Amalkan ilmu yang anda dapat setiap hari selama sebulan

dan jangan tinggalkan sehari pun tanpa melakukannya. Apa yang anda akan capai adalah, dengan memaksa diri melakukan sesuatu itu setiap hari, anda sedang menanam tabiat untuk berubah kearah itu.

Sebagai contoh, sekiranya ingin memulakan perniagaan, jangan biarkan satu hari berlepas tanpa melakukan sesuatu yang berkenaan dengan perniagaan anda, walaupun sikit. Dalam masa sebulan, anda akan mendapat tabiat baru, iaitu tabiat menjalankan urus niaga di bursa saham.

2. Mulakan dengan sesuatu yang mudah dan ringan terlebih dahulu

Jangan mulakan dengan sesuatu yang sukar dan complex sehingga diri sendiri terasa beban untuk meneruskan. Bak kata orang tua-tua, sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

Antara sebab kita putus asa dan hilang momentum adalah tidak mampu melakukan sesuatu yang sukar, besar atau yang belum diri kita bersedia lagi. Dengan bermula sedikit, kecil dan perlahan, apa yang dilakukan adalah untuk menyesuaikan diri dengan perubahan yang ingin dilakukan- tidak lah terkejut beruk!

Proses bermula dengan sesuatu yang mudah dan ringan akan memberi kita motivasi apabila mencapai matlamat yang lebih kecil, di samping mengajar kita ilmu-ilmu baru secara perlahan-lahan untuk melakukan yang lebih sukar.

3. Jangan henti mencari ilmu dan berbincang mengenai urus niaga di bursa saham

dengan mereka yang berpengalaman. Ini kerana dengan terus menerus mencari ilmu dan berbincang perihal niaga, ia sentiasa akan memberi inspirasi kepada anda untuk meneruskan momentum anda.

Dalam waktu yang sama, cuba juga jauhkan diri dari perkara-perkara negatif berkaitan dengan perniagaan, seperti berbual dengan mereka yang berfikiran negatif, membaca berita-berita negatif, tak lupa juga berfikir negatif mengenai usaha yang ingin dilakukan oleh kerana fikiran negatif adalah musuh utama dalam menghentikan usaha kita.

Memang lumrah bila kita berusaha, kita terasa untuk berhenti ditengah jalan. Untuk mencapai kejayaan sebagai Trader dan Investor, pastinya istiqamah itu penting supaya usaha yang dilakukan berpanjangan dan sentiasa diberkati selamanya.

Sekian 3 tips yang saya amalkan waktu bermula dahulu,untuk kembali 're charge' sebagai traders dan investor..jumpa di lain artikel..

Ulasan