Dalam Saham Ada Pelaburan Hartanah?

Assalamualaikum

Hi saya Sabhi Saad..otai saham..


Kali ini saya mahu mendedahkan kepada anda mungkin belum ramai yang tahu...


di dalam saham ada pelaburan hartanah

Wah! betul? Ya betul,yang kita panggil REITs iaitu Real Estate Investment Truts..

atau dalam Bahasa Melayu Amanah Pelaburan Hartanah,hartanah adalah kelas aset yang penting dalam portfolio pelaburan


Sebelum REITS di perkenalkan,pelabur biasanya melabur hartanah dalam bentuk fizikal yang kita selalu tengok rumah dan tanah


Pelabur saham mempunyai pilihan melabur di dalam hartanah dengan bayar hanya sebahagian kecil


REITs menyediakan satu cara untuk melabur dalam hartanah komersial tanpa perlu membeli hartanah langsung


REITs biasanya menawarkan aliran pendapatan yang stabil dan kadar pengagihan yang lebih menarik


Yang bestnya Pelaburan hartanah dalam REITs lebih mudah di cairkan berbanding pelaburan hartanah fizikal..


Proses jual beli sama dengan proses membeli dan menjual saham seperti biasa..


Ianya boleh dijual pada bila-bila masa dan kita tidak memerlukan berurusan dengan peguam dan pegawai bank bagi urusan menjual beli hartanah


menarik bukan?


Pelaburan hartanah REITs cenderung untuk membayar dividend yang stabil


Pendapatan ini datang dari mana?


pendapatan ini datang dari keuntungan bayaran sewa yang di bayar oleh penyewa yang menduduki hartanah REIT


Contohnya hartanah REIT ialah KLCC REITs


Hartanah ini di uruskan oleh mereka yang professional bukan biasa biasa..


Golongan professional dalam bidang hartanah..


REITs berpotensi untuk melonjak ke tahap yang lebih tinggi


Oleh itu kita sebagai pelabur berasa yakin dengan pelaburan yang kita buat..


jadi dekat sini saham on hartanah pun on..


terima kasih kerana anda membaca sampai habis...kita jumpa di artikel seterusnya akan datang


anda boleh kongsikan artikel ini dengan share,sambil tu anda boleh subscribe blog ini di bahagian tajuk button subscribe 


jika ada post menarik terus masuk ke email anda..


Untuk pertanyaan dan mahu belajar saham di bursa anda boleh 


klik http://bit.ly/AdminTeamSBSSaham


Semoga bermanfaat





Ulasan