Masa Itu Emas

Assalamualaikum

Bismillah


Hi saya Sabhi saad..otai saham..


artikel kali ini saya ingin berkongsi sambungan dari artikel "simpan duit tak akan kaya"


jika anda belum membaca artikel pertama boleh lihat di bawah posting yang lalu..


rata-rata hari ini saya melihat ramai ingin melabur di platform saham


tetapi ada beberapa faktor kekangan terutama modal kewangan 


ya! paling minima di perlukan untuk melabur saham hanya rm100 


persoalanya berapa ramai yang mampu simpan rm100?


jika ada tahniah..


ada 3 elemen yang kita perlu ambil tahu dalam kewangan mencari,mengurus dan menjaga


semua ini berkait rapat dengan ilmu+sikap+tabiat kita


di mana 20% adalah ilmu + 80% sikap dan tabiat kita tentang kewangan



20% itu ilmu tentang mencari,mengurus dan menjaga


manakala 80% itu adalah tentang sikap dan tabiat kita menggunakan wang tersebut


adakah selama ini wang tersebut habis ke shopping mall dan beli perkara yang susut nilai sahaja?


cuba kita merenung..


Jika ya,anda kemungkinan tiada lebihan tunai atau wang untuk melabur di dalam aset


dan sebagai langkah pertama anda perlu bermula untuk disiplinkan diri


langkah seterusnya dengan menambah sumber pendapatan 


penting ke saham?


Ya!seperti yang saya sebut 3 elemen tadi saham adalah salah satu platform


gerakan wang tersebut supaya wang dapat berkembang secara maksima..


usah berlengah untuk menjadi kaya di dalam saham..


masa itu adalah emas..

Ulasan