6 Sebab Mengapa Orang Makan Gaji Patut Melabur Saham



Assalamualaikum

Hi berjumpa lagi kita pada entri kali ini 

"Duit masuk,duit keluar,duit masuk duit keluar,akhir sekali,duit keluar,keluar dan keluar,tidak ada lagi duit masuk"


Bangun awal pagi,kerja lewat malam..dapat sahaja gaji,pertengahan bulan terus muka masam...

Ini gelagat normal bagi mereka yang menjalani kehidupan seharian,Yakni bekerja untuk dapat duit terutama orang makan gaji

hanya bergantung kepada satu sumber pendapatan

Perbuatan ini tidak salah,malah ia adalah perbuatan mencerminkan komitmen dan sikap kita dalam melakukan sesuatu

Namun,bekerja keras tidak bermakna duit juga deras masuk ke dalam poket

jadi apa anda perlu buat untuk mengatasi situasi ini?

Jawapannya belajar untuk duit bekerja untuk anda 

dengan melabur di Bursa Saham 

6 sebab anda perlu tahu 

1.pelaburan saham adalah salah satu cara bagaimana untuk menjana pendapatan dalam perniagaan dan dalam masa yang sama anda masih bekerja makan gaji 

seronok bukan,gaji yang di terima setiap bulan di tambah dengan keuntungan jual beli saham

malah ramai pelabur saham yang menjana keuntungan berlipat kali ganda berbanding gaji mereka yang di terima setiap bulan


2.Ingin bersara lebih awal,siapa yang tidak teringin untuk bersara di awal usia 30 tahun 40 tahun

Umur bersara penjawat awam ialah pada umur 60 tahun 

cuba anda bayangkan bagaimana hasil kerja orang yang berusia 60 tahun?

Mengapa perlu bekerja keras sehingga ke hujung usia?

3.Pelaburan saham di bursa bukan skim cepat kaya kerana di kawal Selia oleh Bursa Malaysia dan Suruhanjaya sekuriti

Penipuan dapat di elakkan kerana segala aktiviti pelaburan dan syarikat yang tersenarai di bursa di kawal selia oleh Bursa Malaysia dan Suruhanjaya securiti Malaysia

Wang anda di jamin selamat di laburkan di tempat yang betul

4.Hampir 80% kaunter saham yang di dagangkan di Bursa adalah halal dan mendapat pentauliahan oleh panel syariah

Ini adalah peluang untuk kita yang beragama Islam menjana keuntungan yang halal

5.Kepelbagaian Punca pendapatan (Diversification)

selain daripada anda makan gaji,anda boleh wujudkan satu sumber pendapatan lain 

bagi menampung gaji yang tidak cukup setiap bulan dan membuat simpanan akan datang

6.Menjana keuntungan dalam pelaburan pasaran saham tidak memerlukan anda tergesa-gesa 

pergi ke pejabat menempuh traffic jam,cukup dengan menghadap skrin hand phone dan skrin komputer riba

sambil berbaring di atas sofa dan menonton tv

Jika bekerja sekalipun tidak menganggu tugas anda berbeza berniaga online kebiasaan perlu ke pejabat pos hantar barang,berurusan,berjumpa dengan customer

untuk bermula di dalam bursa saham anda memerlukan ilmu dan berguru dengan pakar saham,tidak di galakan untuk mencuba tanpa ilmu pengetahuan

Untuk entri kali ini hanya di sini saja perkongsian 

anda boleh membaca blog sebelum ni di pautan di bawah 

sekiranya ada pertanyaan dan mahu belajar saham dengan lebih mendalam 

boleh klik http://bit.ly/AdminTeamSBSSaham

Ulasan